Tugasan
3: Pembangunan Blog P&P (30%)
Tarikh penilaian akhir pada 14
Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3
pada 15 November 2012
Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran &
Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan
pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1. Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2. Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama
yang ditugaskan di sekolah.
3. Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog
diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan
sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4. Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
· Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas
dan sebagainya.
· Gambar
· Audio
· Video
5. Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen
pada kandungan yang dipaparkan.
6. Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran
seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang
sesuai.
Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan
ini diberikan berdasarkan kriteria berikut:
Kriteria
|
Markah
|
Kandungan
persembahan
|
7%
|
Kreativiti
persembahan
|
10%
|
Rujukan
|
3%
|
JUMLAH
|
20%
|
PERINGATAN
Plagiat bagi mana-mana tugasan adalah dilarang sama
sekali. Sekiranya pelajar didapati meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh
dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan.